Tanda Tanda Diabetes – Kesan Tanda Diabetes Dari Awal

Mulai 1996 hingga 2006, Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak dalam penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup, termasuk 43 peratus peningkatan untuk darah tinggi, 88 peratus peningkatan dalam diabetes dan 250 peratus kenaikan bagi obesiti.

Hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis atau diabetes. Angka itu adalah hasil kaji selidik Sindrom Metabolik Malaysia 2008, 22 peratus daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas didapati menghidap penyakit diabetes.

Tanda Diabetes Ramai Yang Takut

Ramai Orang yang ingat dia sihat…

Tapi dari statistik diatas adakah kita yakin degan jangkaan kita…?

Yang paling menakutkan bila mana ramai yang tidak suka atau takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, lebih lebih lagi kaum lelaki, dan natijahnya mereka terlantar kerana penyakit yang dihidapat hanya disedari apabila sudah peringkat kronik.

Dan salah satu Penyakit yang cukup banyak menyebakan kesengsaraan di Malaysia ialah Diabetes atau lebih dikenali sebagai Kencing manis.

Jadi pada mereka yang malas dan takut untuk melakukan pemeriksaan, mereka disarankan melakukan pemantauan sendiri bagi megenalpasti tanda tanda kencing manis atau Diabetes.

Gejala Diabetes

Gejala atau tanda-tanda diabetes yang umum terjadi

  • Dehidrasi
  • Rasa haus terus-menerus
  • Peningkatan frekuensi kencing
  • Selalu sakit Kepala dan Loya
  • Kelelahan
  • Penurunan berat badan
  • Gangguan penglihatan
  • Penyembuhan luka yang lama

Beberapa tanda Diabetes lain yang harus anda ambil tahu

  • Diabetis awal adalah disaat seseorang mendapat tahu yang kandungan gula dalam darahyang dimiliki lebih tinggi dibandingkan kadar normal tapi masih belum dalam kategori pengidap diabetis
  • Kadar gula dalam darah yang normal ialah dibawah 100mg/dl (dalam keadaan berpuasa). Jika hasil ujian menunjukan kadar gula ialah 126 atau lebih tinggi maka itu bermakna pengidap kencing manis atau Diabetes
  • Ujian kadar gula dalam darah seelok eloknya dilakukan setiap 3 tahun, terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan, dan berusia lanjut
  • Seandainya anda tergolong dalam golongan yang tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, memiliki sejarah penyakit berkaitan pembuluh darah, masalah kolestrol, atau ada kelaurga yang mengidap diabetes, maka ada juga berpotensi untuk mengidapnya.
  • Melahirkan bayi yang beratnya lebih dari 4 atau 5 KG, dan mengalami masalah diabetes masa hamil.
  • Tekanan Darah antara 140/90 atau lebih